Monday, October 30, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kenangan Mengusik Jiwa

Yey! Finally...managed to find time to update my blog. Been so busy lately...al maklum sajalah...puasa, buat persiapan Hari Raya and now, Hari Raya visiting...mata ni pulak dah balik to square one...asal pukul 10pm jer dah ngantuk...so tak koser nak update blog ni mlm2 buta...Ni pun mata aku dah ngantuk tapi aku tahan...kalau tak, sampai tahun depan pun aku tak update blog ni..nanti ada org tu bising... :)

Well, sempena bulan Syawal ni, aku rasa tak lambat kalau nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat. Mohon maaf zahir dan batin.

Tahun ni aku sambut Raya sederhana saja. Buat kuih 3 macam jer...kuih tat, biskut havana dan cornflakes. Yg lain semua org bagi, ada yg mak mertua buatkan, ada yg sepupu kasi, ada yg mak orderkan..hmm penuh jugak satu meja ngan kuih. Alhamdulillah...Baju Raya pun tak beli. Mak ngan Ibu aku kasi kain time birthday, so aku antar upah jahit. Dah dapat 2 helai baju kurung. Alhamdulillah.

Time first day Raya, as usual, aku sekeluarga akan pergi ziarah menziarahi belah bapak aku. Bapak aku ramai adik beradik...total 15 beradik..yg masih hidup 11...dan bapak aku nombor 13. So kita slalu visit kakak2 dan abang2 bapak aku time first day. Kita selalu pergi one whole big group...ramaiiiiiiiii dan sungguh meriah sebab kita slalu konvoi..berderet2 kereta...kengkadang kalau ada van atau lori, budak2 kecik yg sibuk nak naik tu..kereta yg ada aircon semua tak main..biorlah mak bapak dorang naik keter, asalkan dorang dpt naik van/lori...hehe..tapi yg anak2 dara dan mat2 tangkap hensem pula semua nak naik kereta...tau2 jerlah kalau dah set rambut, pakai mekap dan pakai baju kebaya...mana glamour nak naik van/lori...nak2 adik2 aku yg hensem dan jembu tu...hehe..(dah jgn kembang..)

Walaupun dalam kegembiraan tu semua, aku selalu berasa sedih bila visit rumah arwah Pakcik Salleh aku, adik bapak aku yg nombor 14..walaupun sudah hampir 2 tahun dia meninggal dunia, tapi tiap kali ada family function, aku akan terasa kehilangannya...sebab masa hidupnya, slalu kalau ada kenduri arwah, dia akan lead..almost every other family function, he will always be there..so skarang, bila ada family function, walaupun ada org lain 'take over'..aku masih terasa kehilangannya...he has left a deep memory in my heart because semasa aku masih kecil lagi, dia lah yg manjakan aku..dia takda anak time tu, so dia akan selalu anggap aku sebagai anak dia...slalu aku kena 'kidnap'...konon dia 'pinjam' aku buat sementara waktu to be his child...now I know how he felt ...I miss him so much :( Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Pak Salleh dan tempatkan mu bersama org2 yg beriman..insya Allah. Amin.

Aku kepenatan hari ni pasal semalam balik lambat..jalan Raya dgn mak aku punya side pulak. Mak aku ada 7 adik beradik. Alhamdulillah semua masih ada. Ramai jugak yg keluar semalam, tapi tak seramai belah my fatherlah..tu champion punya!

Tapi semalam aku rasa sungguh sedih melihat kembar mak aku, Cik Yah. She's not well coz doktor kata dia ada cancer. She used to be berisi dan muka dia nampak segar sentiasa. Tapi semalam, bila kita visit dia, sedih lah aku tengok. She's soooooo kurus. Aku rasa kawan aku Yaya lagik berisi (sorry eh Ya, buat ko as comparison plak *wink* *wink*). I'm so sad coz we are not sure if this is the last Ramadhan, the last Raya that I will be able to celebrate with her. It's juz so sad...but this is life. Setiap yg hidup pasti akan mati. Tiada siapa yg tau bila ajal kita akan dtg, kecuali Allah. Aku doakan semoga Cik Yah akan sihat kembali, insya Allah. Semoga Allah akan memberimu kekuatan dan ketabahan utk menghadapi dugaan2 Allah. insya Allah. Amin.

Tapi disebalik kesedihan tu semua, aku rasa sungguh gumbira sebab dpt berjumpa dgn sepupu aku, 3 org, yg dah lamaaaaaaaa aku tak jumpa sebab bila pakcik aku bercerai, dia ikot makcik aku. So kita dah lama tak dpt jumpa. Semalam, entah apa plan mak aku, dia kata kita pergi visit rumah makcik aku. Akhirnya dapat jumpa dorang..sampai aku tak kenal pong dorang...dah besar panjang...dulu anak2 lagik...so happy to meet up with them..I dunno what grievances that my uncle and aunt had last time, but to me, I'm juz glad that we could meet up with my cousins and at least, dpt mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Semoga kita dpt kekalkan persambungan silaturrahim yg telah lama putus ini. Insya Allah.

Ok I think this is enough. Dah terpanjang lebar pulak. Mata aku yg kuyu ni dah semakin kuyu. Ngantuk beb..bukan pasal Subutex. K lah, aku nak masuk tidor. Besok pagi nak kena p kerja...alahai...malas betul nak p kerja....dok rumah tidor lagik best!

K lah..wa p tidor luk. Ciao!